23 April ~~ Sweet Memory

23 April merupakan hari ke-113 (hari ke-114 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 252 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

* Hari Dunia Buku dan Hak Cipta
* Hari Kedaulatan Kebangsaan dan Kanak-kanak di Turki
* Hari St George di berbagai-bagai negara.

Peristiwa

* 215 SM - Sebuah kuil yang didedikasi kepada Venus Erycina dibina di Buki Capitoline untuk memperingati penumpasan Empayar Rom di Tasik Trasimene.
* 1014 - Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai oleh Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf.
* 1661 - Charles II dimahkotakan sebagai Raja England, Ireland dan Scotland di Westminster Abbey.
* 1827 - Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton menyampaikan Teori Sistem-Sistem Sinarannya.
* 1920 - Parlimen satu dewan Turki, Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki diasaskan di Ankara di tengah-tengah Perang Kemerdekaan Turki.
* 1923 - Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di pantai selatan Laut Baltik.
* 1932 - Kincir angin De Adriaan berusia 153 tahun terbakar sampai ranap di Haarlem, Belanda.
* 1954 - Menghadapi Vic Raschi dari St. Louis Cardinals, Hank Aaron dari Milwaukee Braves memukul lari habisnya yang pertama dalam Besbol Liga Utama.
* 1968 - Para pelajar Universiti Columbia di bandar raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
* 1982 - Republik Conch secara berseloroh mengisytiharkan kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
* 1985 - Coca-Cola menukar formula dan melancarkan produk New Coke. (Malangnya New Coke tidak disambut baik, maka formula asal dikembalikan dalam jangka tidak lebih tiga bulan.)
* 1988 - Album Dark Side of the Moon oleh kumpulan Pink Floyd terkeluar dari carta buat kali pertama setelah berada dalam carta Billboard 200 selama 741 minggu berturut-turut (lebih 14 tahun).
* 1990 - Namibia menjadi anggota ke-160 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan ahli ke-50 Negara-negara Komanwel.
* 1993 - Eritreans vote overwhelmingly for independence from Ethiopia in a United Nations-monitored referendum.
* 1997 - Pembunuhan beramai-ramai Omaria meragut nyawa 42 orang kampung di Algeria.
* 2003 - Beijing menutup semua sekolah selama dua minggu berikutan wabak SARS.

Kematian

* 2006 - Abdul Ghafar bin Baba, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (lahir 1925)

Comments

Popular Posts