Wednesday, 24 August 2016

7 Tanda Keberkatan Rezeki

Di sini saya kongsikan 7 Tanda Keberkatan Rezeki sebagai panduan untuk kita semua. Di harap ia memberi manfaat.



  • Hati semakin dekat dengan Allah

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat seperti solat dan berzikir.

  • Jiwa terasa tenang

Rezeki yang berkat juga meraih pandangan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan kepada kita.

  • Pemurah

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.

  • Jauh daripada bala

Rezeki yang berkat juga mampu menjauhkan bala kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.

  • Keluarga harmoni

Tanda seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap bahagia.

  • Anak-anak cemerlang

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak. Namun, keberkatan dalam rezeki yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah dan menjadi pelajar cemerlang.

  • Sentiasa merasa cukup dan bersyukur

Setiap rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentias bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT.

Apabila mendapat rezeki yang berkat rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.

Sang Pencipta

Hidup ini perjuangan
Menemui kebenaran
Mencari tersirat
Tersembunyi jitu

Pencari itu
Terus menggali
dan menyelonngkar
Terus menerus
Temui ia
Sang Pencipta

Wednesday, 23 September 2015

Thursday, 6 August 2015

Restoren Chiengmai

Hari ni sempat lunch di sini. Superb. Makanan Thai terbaik di bandar ini. Mkn bersama partnership dr KL serta Australia.

Tuesday, 4 August 2015

Secebis Senyuman

Senyuman mu manis
Senyuman mu menawan
Senyuman mu terindah
Senyuman mu cantik

Monday, 3 August 2015

Negara Kita

Kita diuji
Penuh muslihat
Tangan ghaib
Bercekerama
Mengaburi mata
Aku tegar
Usah menipu
Tunggu masa
Tuhan tentukan
Turun terhormat

Rasulullah - Hijjaz

Lirik Lagu Rasulullah - Hijjaz
Album : Cahaya Ilahi

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Sup Tulang Ummphhh

Ambo ni peminat setia gear box, makanan nie mmg sedap sungguh la.. Ambo suka wat hok simple2 jer, guno bahan simple2. Nie ambo buwi bahan2, caro buat tu campak2 jer deh

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu
2 sudu besar minyak masak 
2 batang kulit kayu manis 
4 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 labu bawang besar - di hiris 
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar 
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Ajinamoto jika suka
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Bawang goreng - tabur
Limau Nipis - perah

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 

SIAP... SEDAP SEGHOTI NI