7 Tanda Keberkatan Rezeki
Di sini saya kongsikan 7 Tanda Keberkatan Rezeki sebagai panduan untuk kita semua. Di harap ia memberi manfaat.
- Hati semakin dekat dengan Allah
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat seperti solat dan berzikir.
- Jiwa terasa tenang
Rezeki yang berkat juga meraih pandangan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan kepada kita.
- Pemurah
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.
- Jauh daripada bala
Rezeki yang berkat juga mampu menjauhkan bala kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.
- Keluarga harmoni
Tanda seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap bahagia.
- Anak-anak cemerlang
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak. Namun, keberkatan dalam rezeki yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah dan menjadi pelajar cemerlang.
- Sentiasa merasa cukup dan bersyukur
Setiap rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentias bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT.
Apabila mendapat rezeki yang berkat rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.
Apabila mendapat rezeki yang berkat rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.
Comments
Post a Comment