Mawi Di Ufuk Pandangan

Lesu langkah ini
mahu terbang ke bumi
tiap langkahku suatu paksa
kerna beban hati

Di penghujung kasih
getar lalui terbelah
aku akhirnya kian terjerat
di bawah runtuhan mimpi

Telah puas ku pujuk
berkali kumengalah kasih
namun tidak terdaya jua
ku mengubah
yang kau mahu

Tak terlihat rekahan cahaya
yang menantiku di ufuk pandangan
masih ku berpaut di tebing pengharapan
mengintai dari balik kalbumu

Kalbumu….

Comments

Popular Posts